Welcome to Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya

Berilmu untuk berjasa

Contact us

Laporan Tahunan PIBG 2008

LAPORAN TAHUNAN PIBG 2009

SMK DAMANSARA JAYA

 

 

    1. PENDAHULUAN

    Dengan segala hormat dan sukacitanya, di bentangkan Laporan Tahunan yang bermula 21 Februari 2009 dan berakhir pada 31 Disember 2009.

     

    1. AHLI JAWATANKUASA PIBG

    Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-26 telah diadakan pada 21 Februari 2009 di Dewan SMKDJ. Dalam mesyuarat tersebut, AJK yang telah dipilih untuk menganggotai PIBG sesi 2009 adalah seperti berikut:

                                       

                                        Yang Dipertua          : En. Chan Cheng Lock

                                        Naib Yang Dipertua : En. Ngian Siew Siong

                                        Setiausaha Kehormat: Cik Haslina Bt. Zakariya

                                        Bendahari Kehormat: Pn. Ooi Lee Kim

     

                                        AJK Ibu Bapa          :Tuan Hj. Abd. Razak B. Mohamed Jalil

                                                                           En. Kandiah Subramaniam

                                                                           En. James Chen

                                                                           Dr. Ravigadevi Sambanthamurthi

                                                                           Prof Dr.Norzulaani Bt. Mohd Khalid

                                                                           Pn. Molly Mah

     

                                        AJK Guru                : Pn. Tan Hui Kien

                                                                           Pn. Khor Bee Nee

                                                                           Pn. Ida Harwati  Bt. Hassan

                                                                           Cik Nur Liyana Bt. Mohd Yusoff

     

                                        Juruaudit Wakil Ibu Bapa : En. Mah Pung

                                        Juruaudit Wakil Guru       : Pn. Tho Soon Kim

     

     

    Sepanjang sesi 2009, AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak 8 kali disamping  beberapa perjumpaan dan mesyuarat kerja yang lain terutamanya di dalam proses penambahbaikan infrastruktur SMKDJ dan juga mesyuarat dan perbincangan bersama pihak MBPJ dan wakil DJROA pada April dan May 2009 yang lalu. Terima kasih kepada semua guru, ibubapa dan AJK PIBG, pihak MBPJ dan yang terlibat dalam menyumbang kan sedikit sebanyak kerjasama untuk pembangunan sekolah, kecemerlangan murid-murid serta pengawasan keselamatan warga SMKDJ .

     

     

    1. RANCANGAN / AKTIVITI PIBG 2009

               3.1 Penubuhan AJK Kecil

     

    a)     AJK Keselamatan

    b)     AJK Pembangunan Sekolah

    c)     AJK 3K

    d)     AJK Sosial dan Kebajikan

    e)     AJK Akademik dan Latihan

    f)       AJK Kokurikulum

     

     

               3.2 Program/Projek yang telah dijalankan bersama pihak sekolah :

     

    a)     Membaiki dan mengubahsuai keadaan pentas dan backdrop di dewan sekolah.

    b)     Pemasangan langsir dewan sekolah.

    c)     Membina rumah sampah di belakang dewan SMKDJ berdekatan pintu pagar  B

    d)     Menyediakan dan memasang sistem alur bumbung di sepanjang kelas Blok H.

    e)     Mengecat seluruh pusat sumber SMKDJ

    f)       Pembelian buku-buku di Pusat Sumber

    g)     Pemasangan kipas di kelas-kelas Blok H penambahan kipas di dewan SMKDJ.

    h)     Penambahbaikan sistem siaraya sekolah di dewan SMKDJ.

    i)       Bekerjasama dengan pihak MBPJ di dalam beberapa projek infrastruktur, kemudahan dan keselamatan sekolah yang dibincangkan bagi sesi 2009/2010

    j)       Bekerjasama dengan pihak MBPJ  memastikan pemasangan ”pedestrian railing” di jalankan.

    k)     Sumbangan pasir sekolah dari ADUN DAMANSARA JAYA

    l)       Sumbangan pasir untuk penambakan padang dari pihak MBPJ

    m)   Menyediakan pelekat kereta sesi 2009/2010 bagi guru dan kakitangan SMKDJ

    n)     Pemasangan sistem CCTV di 8 point utama di dalam kawasan sekolah bagi mengelakkan kes vandalisme murid, keabakaran dan keselamatan warga SMKDJ terjamin.

    o)     Pembinaan Projek Pergola Taman Sains SMKDJ

     

     

     

     

    3.3 Sumbangan wang dan kerjasama dari PIBG juga diberikan untuk membantu didalam:

                a) Mengekalkan perkhidmatan Warden Keselamatan Sekolah

     

                b) Perkembangan kurikulum dan kokurikulum murid sepanjang tahun 2009 seperti :

        - Majlis Hi-Tea Pengakap Diraja

        - Pertandingan Liga Hoki Selangor

        - Pertandingan Cheer Leading - Dynamitez

        - Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber

        - Kem Perkhemahan Ibadat Pelajar Islam

        - Kejohanan Olahraga Tahunan SMKDJ Kali Ke-21

        - Kejohanan- kejohanan MSSD dan Merentas Desa

        - Majlis Penghargaan Kokurikulum.

        - Subsidi kepada kumpulan Perbahasan Sekolah (Bahasa Inggeris)

        - Pertandingan Sains dan Inovasi Peringkat Kebangsaan di bawah Malaysian Palm Oil Board Research mewakili Selangor.

                    - Majlis Anugerah Cemerlang.

                    - Majlis Perpisahan Tingkatan 5.

                    - Program Minda PMR&SPM 2009.

                    - Subsidi Kem Pengawas Sekolah.

                    - Koir Sekolah

                    - Projek F1

        - Perkhemahan Tahunan Kadet Polis

                   - Sumbangan kewangan oleh Dr. Ravigadevi berbentuk alat tulis kepada murid yang bakal menduduki SPM 2009 dan usaha beliau dalam pencapaian akademik murid.

     

                c) Aktiviti yang melibatkan guru dan Program Khas iaitu

                   - Sambutan Hari Guru

                   - Hadiah Persaraan dan Khidmat Guru 10 tahun

                   - Subsidi Jamuan Guru (Akhir Tahun)  dan sempena jasa guru menjayakan Jogathon  2008 dan Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Bandar Harian 2009.

     

     

     

    LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:

    Setiausaha PIBG 2009

    SMK DAMNASARA JAYA